![]() |
Bawalah Selalu Anak Anda Berjumpa Dr Gigi |
Terdapat banyak perkara yang bakal kanak-kanak alami semasa proses berjumpa doktor gigi: bertemu orang baru, peralatan baru, bunyi-bunyi yang tidak dikenali, dan getaran aneh.
Ia perkara biasa untuk anak anda berasa takut, tetapi terdapat beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk membantu anak anda berasa lebih selesa bila berjumpa doktor gigi.
Beritahu pada Anak Anda:
Beritahu dia perkara-perkara yang biasa akan ditanya oleh doktor gigi semasa pemeriksaan gigi dilakukan dan panduan untuk menjawab soalan-soalan tersebut. Jangan memberikan anak anda kesemua butiran tersebut, tetapi lebih kepada motivasi untuk menenangkan dan membuatkannya lebih berfikiran positif tentang pemeriksaan tersebut. Dr Gigi terlatih boleh membuat kanak-kanak berasa selesa semasa lawatan dan rawatan dijalankan.

Bawa Anak Anda Bersama Semasa Anda Membuat Lawatan Pergigian :
Anda boleh membantu anak anda berasa selesa di klinik doktor pergigian dengan membawa mereka bersama semasa anda membuat lawatan, bermula pada usia yang muda.

Baca Buku Bergambar Berkaitan Topik Lawatan untuk Berjumpa Doktor Gigi :
Terdapat banyak buku-buku bergambar yang berbeza boleh didapati untuk kanak-kanak. Pilih yang ceria dan bermaklumat tentang pergigian dan biarkan anak anda membacanya sebelum berjumpa dengan doktor gigi, atau lebih baik, membaca untuk anak anda semasa mereka masih muda.

Jelaskan Kepentingan Berjumpa Dr Gigi:
Terangkan kepada anak anda betapa pentingnya untuk berjumpa dengan doktor gigi supaya gigi dan gusi sentiasa sihat. Penerangan tersebut boleh menyebabkan mereka teruja untuk pergi membuat pemeriksaan dan menjaga gigi mereka.